Friday, July 31, 2009

perantau...

Perantau...
Musafir perjuangan,
Tabahkanlah hatimu,
Berjuang di rantau orang,
Sedih pilu hanya enagkau yang tahu.
Ingatan ayah dan ibu,
Janganlah menghiris hatimu,
Kerinduan desa nan permai,
Janganlah melemahkan semangat juangmu.
Di waktu ujian badai terus melanda,
Engkau tetap gigih berjuang,
Membenarkan sabda junjungan,
Terus memburu menuntut janji,
Pastinya Islam gemilang lagi.
Tapi pejuang musafir perjuangan,
Ujian bukan batu penghalang,
Kerana itulah syarat dalam berjuang.
Oh pejuang di mana pun ada ketenangan,
Dimana pun ada kebahagian,
Bila insan kenal pada Tuhan,
Kasih sayang dan penbelaanNya,
Bagi insan yang menyerahkan,
Jiwa dan raga, ibu dan ayah kepada Allah.
Artis: The Zikr Genre: Nasyid

Thursday, July 30, 2009

kenyataan hidup... di sebalik permainan ini

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,danlain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yangkuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgntapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya PerangSalib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
Nota: cerita ini dipetik daripada email yang dikirimkan kepada saya. tidak diketahui sumbernya namun ambillah pengajaran yang baik daripadanya.

Tuesday, December 9, 2008

Mendekati masyarakat Orang Asli perlu strategi

sumber: Utusan Malaysia [9/12/2008]
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Oleh W. RAHIMAH DRAMAN
JANGAN tipu Orang Asli. Kami tidak mudah ditipu dan payah untuk diyakini oleh orang luar, terutama dari bandar.
“Kalau mahu kami percaya, yakin dan terima ‘orang luar’, jangan pandang rendah dan jijik dengan cara dan budaya hidup masyarakat kami.”
Demikian ingatan jujur Tok Batin Husin Ngah Yin, dari Perkampungan Orang Asli Hulu Gombak ketika menyuarakan kegelisahan masyarakatnya pada seminar Program Dakwah Orang Asli yang berlangsung di kompleks Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 16 November lalu.
Orang luar menurut Tok Batin Husin, hanya boleh menjadi ‘saudara’ Orang Asli jika mereka datang, duduk, makan, bergaul dan tinggal bersama dan sedia melalui amalan budaya hidup mereka.
Beliau menyuarakan sedemikian ekoran jarang berlaku pendakwah muslim tempatan negara ini berminat untuk menjelajah dan tinggal di perkampungan Orang Asli dalam menjalankan kerja dakwah.
Jika ada yang turun padang pun beritahunya, pendakwah sama ada dari agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan, sekadar datang bagi mengislamkan Orang Asli bukan memuslimkan mereka.
Pendakwah Islam menurutnya, tidak ada bezanya dengan orang politik. Mereka datang apabila menjelang pilihan raya, tetapi selepas itu lesap dan tidak pernah menjenguk atau bertanya khabar lagi sehingga tiba pilihan raya berikutnya pula.
“Sebenarnya apa yang dibuat oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan Islam sekarang tidak diperlukan oleh Orang Asli,” jelasnya.
Sebaliknya apa yang diperlukan oleh Orang Asli mengenai keagamaan ialah mengetahui di mana Tuhan dan untuk siapa serta di mana boleh dapat syurga, tegasnya.
Sebab itu beritahu Tok Batin Husin lagi, untuk berdakwah kepada masyarakat Orang Asli mereka perlu bijak dalam mengguna pendekatan perkara-perkara yang jelas lagi nyata. “Inilah pendekatan pendakyah Kristian sehingga mereka berjaya mempengaruhi Orang Asli biarpun hakikatnya mereka tidak yakin dan sukar menerima konsep tiga tuhan dalam doktrin Kristian yang disogokkan kepada mereka,” jelasnya.
Seminar program dakwah untuk masyarakat Orang Asli itu diadakan atas usaha Persatuan Alumni Kolej Islam Klang dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Program setengah hari itu telah dihadiri oleh penggiat kerja-kerja dakwah di kalangan badan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan individu sekitar Lembah Klang.
Bagi Tok Batin Husin, Orang Asli dan Orang Melayu adalah serupa.
“Kita sama-sama rakyat pribumi. Jadi biarlah susah dan senang dikongsi bersama, bukan terus memencil dan meminggirkan Orang Asli sama ada dalam pembangunan mahupun keagamaan,” ujarnya.
Walaupun Orang Asli asalnya tidak ada apa-apa pegangan keagamaan dan masih terlalu banyak yang buta huruf, tetapi peredaran masa dan keadaan kata beliau, tetapi keinginan untuk mengenal dan mempercayai Tuhan telah wujud dan semakin tinggi.
Orang Asli menurut Tok Batin Husin, adalah masyarakat yang penuh budi bahasa dan lembut terhadap orang luar, sebagaimana orang Melayu.
Tetapi dalam komuniti Orang Asli sendiri tegas beliau, mereka sebenarnya garang, liar dan agak ganas.
“Sebenarnya ramai dari kalangan masyarakat kami sekarang sedang mencari dan ternanti-nanti orang yang boleh menunjukkan mereka jalan kepada Tuhan,” jelasnya.
Menurut Jasut Yusof pula, Orang Asli yang telah diislamkan mesti terus didampingi oleh para pendakwah bukan hanya untuk menyampaikan ceramah.
“Mereka perlu didakwah secara fizikal dan lahiriah, sama ada menyedia dan membekalkan pelbagai keperluan asas hidup atau terus berkampung bersama mereka,” beritahu pegawai kesihatan Hospital Orang Asli Gombak itu.
Sikap dan pendekatan itulah beritahu Jasut, diamalkan oleh mubaligh dan kalangan pendakyah Kristian.
Menurutnya, para mubaligh bukan Melayu gemar berhijrah dan bermastautin di kampung-kampung Orang Asli dan menjadi sebahagian daripada kelompok kami demi menjayakan misi Kristian mereka.
“Tetapi ini tidak dilakukan oleh pendakwah Islam dan orang Melayu terutamanya, sebab mereka tidak dapat menerima cara dan budaya hidup Orang Asli di pendalaman.”
Sedangkan kebanyakan masyarakat kami lebih meyakini Islam sebagai agama bukan Kristian atau yang lainya, tambahnya.
Kata Jasut, Orang Asli ada 18 sukuan etnik dan masing-masing mempunyai bahasa, budaya hidup, kepercayaan dan amalan yang berbeza.
“Jadi adalah lebih mudah bagi mana-mana pendakwah mengenali sukuan etnik berkenaan dan menjadikan Tok Batin atau yang berpengaruh dalam sesuatu sukuan sebagai sahabat serta saudara sendiri,” jelasnya.
Dalam hubungan ini, Datuk Dr. Abdul Razak Awang Kechik yang berpengalaman berpuluh tahun berbakti dan mendampingi masyarakat Orang Asli pedalaman di seluruh negara berpendapat, tidak ada sebab mengapa masyarakat Orang Asli tidak Islam.
“Kecuali jika kita umat Muslim tidak melaksanakan tanggungjawab untuk menyebar dan mengajak mereka kepada Islam,” katanya.
Yang menjadi masalah kata beliau, kalangan pendakwah sendiri tidak faham konsep dakwah dengan beranggapan dakwah ialah berceramah mengenai Islam dan mengislamkan saudara baru.
“Setiap dari kita perlu fahami dan hayati apa yang terkandung dalam surah al-Ikhlas, kerana tugas berdakwah ini bukan peranan orang-orang agama sahaja tetapi setiap muslim,” katanya. Oleh itu, tegas beliau, setiap Muslim terutama para pendakwah sendiri perlu menghayati Rasulullah SAW berdakwah dan kembali kepada konsep dakwah yang disarankan oleh al-Quran. Doktor perubatan bergerak persendirian yang memilih berbudi kepada Orang Asli, sekali gus menyebarkan Islam kepada mereka turut memberikan tujuh sebab mengapa masyarakat Orang Asli perlu memilih Islam.
lIslam agama rasmi negara dan Orang Asli adalah rakyat pribumi sebagaimana Orang Melayu. lYang Di Pertuan Agong dan semua pemimpin adalah Islam.
lOrang Asli perlu bergabung dengan Orang Melayu untuk jadi bangsa kaum yang kuat. lSemua agensi dan jabatan kerajaan bertanggungjawab membantu.
lOrang Asli terlalu banyak pecahan etnik akan hancur dan lenyap jika tidak pilih Islam. lOrang Asli Kristian memusuhi Orang Asli amanisme dan Islam tetapi muslim Melayu berjiran dengan Orang Asli dalam semua aspek dan boleh bersatu dalam Islam dan fitrah kemanusiaan. lHanya Islam agama yang benar, baik dan diterima Allah SWT.
Sehubungan itu Dr. Razak yang menghabiskan sebahagian besar daripada profesion dan hidupnya bersama masyarakat Orang Asli menyarankan agar pendakwah Muslim membuat perubahan drastik bagi memastikan kehidupan Orang Asli lebih Islamik.
“Membawa Islam kepada Orang Asli adalah amanah dan tanggungjawab setiap Muslim,” tegasnya.
Lagipun tambah beliau, Orang Asli sudah lama kenal Islam malah mereka sudah tahu dan biasa dengan Islam kerana Orang Melayu adalah sebahagian daripada komuniti mereka.
Para daie katanya, perlu belajar daripada cara dakyah yang digerakan oleh Sidang Injel Borneo (SID) yang banyak masuk dan tinggal di perkampungan Orang Asli untuk mengkristiankan mereka dan menanamkan permusuhan terhadap Islam.

Wednesday, November 19, 2008

Seminar Kembara Da’wah Orang Asli

Laporan: Adam Malik Najri
Ahad lalu saya berkesempatan mengikuti program Da’wah Orang Asli anjuran Alumni Kolej Islam (ALKIS) di Dewan Hadhari Pusat Islam Kuala Lumpur.
Tiga orang ahli panel telah memberi ceramah dan berkongsi pengalaman mereka melakukan da’wah terhadap orang Asli. Mereka ialah Jasop bin Yusof dan Tok Batin Husin dari Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak serta Dato’ Dr Abdul Razak (Aktivis Da’wah Orang Asli dengan lebih 30 tahun pengalaman).
Berikut adalah beberapa catatan yang sempat saya coretkan iaitu
1. Maklumat am tentang orang asli
Terdapat 18 Suku kaum orang Asli di Malaysia. Namun hanya 4 suku kaum yang terbesar antaranya Temiar, Temuan, Jakun dan Melayu Asli. Terdapat lebih kurang 150,000 orang Asli di seluruh Malaysia. Taburan orang Asli terbahagi kepada dua iaitu di Pinggiran (tidak jauh dari kampung orang Melayu) dan juga di Pendalaman (jauh di tengah hutan) Radio khas untuk orang asli ialah Asyik FM di saluran 91.1 (Liputan hanya dapat diterima di kawasan pinggiran sahaja)
2. Cabaran Da’wah orang Asli
Perlu mengetahui adat resam dan pantang larang mereka. Perlu berbaik-baik dengan mereka terlebih dahulu sebelum berda’wah. Aktiviti sosial seperti membuat jamuan (kena belajar memasak) , memberi kemudahan asas dan lain-lain dapat menarik mereka untuk lebih dekat kepada Islam
3. Mengapa perlu melakukan Da’wah kepada orang Asli
Berdakwah adalah sunnah Rasulullah yang perlu diteruskan di mukabumi ini. Masih ramai orang asli yang tidak mempunyai agama (Animisme). Golongan misionary Kristian berusaha untuk menarik mereka kepada agama Kristian begitu juga Bahai seterusnya akan menjadi duri dalam daging kepada umat Islam di Malaysia.
4. Mengapa orang Asli perlu memilih Islam sebagai Agama mereka.
1. Islam agama rasmi di Malaysia
2. Raja-Raja dan Pemerintah adalah Islam
3. Islam adalah agama yang benar di sisi Allah
4. Kebanyakan masyarakat yang tinggal berhampiran kampung orang Asli adalah Melayu Islam. Justeru suasana akan lebih harmoni apabila mereka sama-sama mengamalkan ajaran Islam serta dapat menyambut hari perayaan yang sama seperti Hari Raya dan lain-lain.
5. Ekspedisi Da’wah Orang Asli
Dato’ Dr Abdul Razak menyeru supaya lebih ramai penda’wah bersama beliau untuk menyertai ekspedisi da’wah orang Asli. Beliau mempunyai aktiviti secara berkala dan menjemput para sukarelawan untuk turut serta.
Berikut adalah jadual ekspedisi dakwah bagi bulan November. Jadual bagi setiap bulan akan dikemaskini bergantung kepada kesesuaian tempat dan cuaca.
November 2008
21 - 23 Nov 2008 POS Brooke, Gua Musang(Meeting Point - Plaza Tol Simpang Pulai, Perak)
21 - 26 Nov 2008 POS Balar, Gua Musang(Selepas singgah di POS Brooke. POS Balar terletak lebih jauh ke pedalaman dari POS Brooke)
28 - 30 Nov 2008 Kg Tuel, Gua Musang
Kepada yang berminat dan untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Firdaus (012-5608693) / Shamsul (014-2298012) / Dr. Razak (013-5840070)

Thursday, November 6, 2008

Divine Inspiration: Seven Principles of Islamic Architecture

Divine Inspiration: Seven Principles of Islamic Architecture
ISLAMIC ARTS MUSEUM MALAYSIA, KUALA LUMPUR
27 Nov 2008 - 28 Feb 2009
Divine Inspiration; Seven Principles of Islamic Architecture is an exhibition that aims to illustrate the intrinsic relationship between Muslims, their beliefs and how these manifest themselves in everyday architecture. Islam embodies a way of life and serves as a cohesive force amongst ethnically and culturally diverse peoples. There is no essential difference between spiritual and secular art in Islam, allowing the virtues of Islamic architecture to transcend mere form and function.
Through the study of seven key Islamic beliefs a cross section of not only Islamic life and practice will be discussed but also the corresponding architectural principles which range from urban planning to detailed ornamentation. The exhibition begins with the primary Islamic belief Tawhid - the concept of Unity and Oneness of God – from this the structure and components of the Islamic city will be unveiled. As the exhibition progresses, it delves into more architectural detail. For example, Muslims are encouraged to be in a state of Dhikr; Remembrance of God, this is illustrated beautifully in the rhythmic chanting, found in the stuccowork and muqarnas (stalactites) vaults of the Alhambra.
Each of the key beliefs explored; Tawhid (Unity), Ihtiram (Respect), Ikhlas (Sincerity), Iqtisad (Moderation/ Humility), Haya’ (Modesty), ‘Ilm (Pursuit of Knowledge), Dhikr (Remembrance), will contextualise and shed light on the visible and invisible nature of both the Islamic belief discussed and its corresponding architectural principle. Covering examples from across the globe - discussing their cosmic dimensions - this exhibition will highlight the long interrupted tradition of sacred and scientific knowledge that has gained Islamic architecture a well-deserved reputation of outstanding nobility.
The Italian philosopher Umberto Eco once said ‘An aesthetic pleasure arises when the soul finds its own inner harmony duplicated in its object’. This exhibition will demonstrate how that inner harmony is achieved in Islamic architecture, an art form that has consistently retained an intrinsic quality and unique identity, transcending cultural contexts and architectural functions.
Visit the website for more info:

Friday, October 31, 2008

buku baru di pasaran... dapatkannya sekarang!

Thursday, October 16, 2008

wahai hati...

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Mas;ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka).Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini .... sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan AllahSWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari,dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat."